Wednesday, May 6, 2009
Posted by Zaleha at 3:06 PM 0 comments
Posted by Zaleha at 2:57 PM 0 comments
SEBAGAI PENGUAT SEMAGAT
Andai cinta berakhir tanpa satu ikatan redhakanlah ia kerana telah tertulis di sana hanya ada satu pertemuan tapi tiada jodoh…jangan kesali atas apa yang berlaku tapi jadikan ia satu pengajaran dan pengalaman dalam hidup. Tidak semua yang terpilih untuk merasa pahit dan pedih serta kecewa kerana cinta tak kesampaian. Begitu juga tidak semua yang terpilih untuk terus menemui cinta dan berakhir dengan terus dengan kebahagiaan. Cinta tidak pernah bersalah tapi terkadang manusia yang silap membuat perhitungan lalu mengagalkan cinta itu. Pada yang mengalami kegagalan jangan serik untuk mencari cinta yang sejati dan pada yang telah menemui cinta sejati semai dan tuailah ia dengan penuh rasa kasih dan sayang agar ianya tidak layu dan berkubur separuh jalan. Dan yang pasti diriku akan terus mencari CINTA itu….
Posted by Zaleha at 2:52 PM 0 comments
Labels: hayatilah
CINTA
CINTATerkadang Aku Merasa Ianya Indah Atau Sebaliknya.. Mengapa Aku Mendapat Perasaan Ini.. Perasaan Cemburu Yang Menggunung Terhadap Orang Lain.. Membuatkan Aku Marah.. Di Saat Itu, Aku Rasa Amat Memerlukan Kasih Sayang Seorang LELAKI.. Yang Bisa Memberikan Cinta Kepadaku.. Yang Mampu Menerimaku, Apa Adanya.. Bukan Cinta Diatas Dasar Rupa Ataupun Harta, Kerna Aku Tidak Mempunyai Kedua-Duanya..CINTAKau Tersangat Mulia.. Perasaan Yang Lahir Dari Hati Kecilku Ini, Membuatkan Aku Meronta Mencari Teman.. Yakni Teman Yang Mampu Menyukai Aku.. Yang Mampu Mengasihiku.. Tapi, Di Saat Cinta Itu Tiba, Walaupun Itu Yang Kuharapkan Dan Ku Tunggu Selama Ini.. Aku Tak Mampu.. Tak Mampu Menerimanya.. Tak Mampu Mengamatinya.. Kerana Dia Bukanlah Pencinta Yang Setia.. Dia Rosakkan Hubungan Itu.. Memusnahkan Harapan Ku.. Untuk Itu, Aku Sengsara.. Sendirian Seperti Kini..CINTA Saat Kau Hadir Semula.. Aku Harapkan Itu Bukanlah Yang Palsu.. Biarlah Lama Kau Kan Tiba.. Namun Ku Cuma Harapkan Sesuatu.. Datanglah Cinta Sejati.. Biar Lama Ku Tunggu, Asalkan Ianya Akan Abadi Untuk Selama-Lamanya.. Oh Cinta...
Posted by Zaleha at 1:44 PM 0 comments
Labels: Khas ku tujukan utk anina